Surat kiriman rasmi
TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH
Tahun 5 Amanah,
Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia,
41200 Selayang,
Selangor.
_____________________________________
Cikgu Harun Bin Zakaria,
Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia,
41200 Selayang,
Selangor. 23 MEI 2013
Puan,
TIDAK HADIR KE SEKOLAH
--------------------------------------------
Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.
2.Saya Nur Syifa Binti Abu Khaled ingin memaklumkan kepada cikgu bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah mulai 24 hingga 26 MEI ini.
3.Untuk makluman cikgu, saya dan keluarga terpaksa pulang ke kampung kerana datuk saya telah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi. Saya sekeluarga akan berada beberapa hari di kampung untuk menemani datuk di hospital.
4. Saya berjanji akan mengulang kaji pelajaran dan menghubungi rakan-rakan untuk bertanya dan menyiapkan kerja-kerja sekolah ketika berada di kampung nanti.
5. Saya berharap agar cikgu dapat memahami situasi saya sekeluarga.Kerjasama dan perhatian pihak cikgu,didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian , terima kasih.
Yang benar,
.....................................
(Nur Syifa Binti Abu Khaled)
Kelas 5 Amanah.
Ulasan
Catat Ulasan